12 April 2015

ISTANBUL [ DAY 1 ] Blue Mosque, Hagia Sophia, Spice Market & Mahmut Pasa

Entri kali ni sambungan dari Istanbul day 1..

Kenapa panggil Masjid Biru? sebab jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Masjid ini dibina diantara tahun 1609 & 1616 sewaktu pemerintahan Ahmed I.

  Di pisahkan dengan taman dan kawasan rehat, Hagia Sophia terletak berhadapan dgn Masjid Biru. 
so tak le penat sangat nak menapak.. pergi time winter menggigil kepala lutut
belakang tu Masjid Biru


Hagia Sophia dahulunya adalah sebuah gereja
dan telah dibina oleh Constantius, 
Putera Kaisar Constantine.
kagum tgk senibinanya...

Apabila jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II 
Turki Usmani (yang terkenal dengan gelaran
  ‘Al-Fatih’) pada 27 Mei 1453 Hagia Sophia telah dijadikan Masjid.
tapi kini ianya telah menjadi sebuah muzium.

Lepas lawat muzium kami meneruskan perjalanan ke Mahmut Pasa. kawan aku cakap area sini selain murah dgn barang2 tukaran wang juga berbaloi. banyak Money changer kat sini..
belum nak sesak lagi tu...

korang nampak tak harga kasut/boot tu...lom INDIRIM (diskaun) lagi tu..sampai hari ni aku nyesal tak beli waaaa'''''' ada alasan repeat Istanbul lagi ni..heheh..


kalo korang nak dtg sini elakkan hari sabtu/ahad
sbbnya org tempatan ramai gila shopping kat sini..kebetulan nak dekat Krismas mmg shopping raya le dorang
gambar diatas adalah Spice Market. Pasar kedua terbesar selepas Grand Bazaar. haaaa nampak tak sesak dlm tu aku pegi Benh Tanh Market pon x mcm ni.. 
Banyak tul kedai..tapi aku terus je pegi kedai 
no. 37 (kawan aku yg bgtau)..dia bg sket aa diskaun hehehe

sambung lagi....



No comments:

Copyright to NUKILAN DARI HATI
Designed by UMIESUEstudio 2015