23 April 2015

ISTANBUL [ DAY 2 ] TOPKAPI PALACE, TAKSIM SQUARE & SULTANAHMET

Hari kedua kami di bumi Istanbul.

Selepas sarapan ala2 mat saleh pukul 0800 pagi aku pon meneruskan misi lawatan sambil belajar ke Topkapi Palace. Cuaca masa tu sangat sejuk dan hujan renyai2. Keluar asap mulut masing2 haha

Ok aku nak citer sikit sejarah Topkapi ni..
Dipanggil "Istana Pintu Meriam" atau dlm bahasa turki "Topkapi Sarayi"

tempat kediaman bekas empayar Sultan Uthmaniyah dari abad ke 15-19 dan pernah didiami 24 sultan.
hampir separuh hari melawat dalam tu punyalah besar kawasannya..
 hemsem tak polis tu??
         pintu masuk ke Istana Topkapi

ni kawasan Harem (tempat permaisuri & anak2 perempuan berehat)

dalam tu tersimpan pelbagai khazanah islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki baginda dan banyak lagi..tapi x bley nak amik gambar


bln Ramadhan Sultan suka duduk kat situ tgk tanah jajahannya

ehemmmm....pokok tu mmg dari zaman Uthmaniyyah 


sapa suka tgk batu Archelogy..bolehlah dtg kesini.. 



sambung...

12 April 2015

ISTANBUL [ DAY 1 ] Blue Mosque, Hagia Sophia, Spice Market & Mahmut Pasa

Entri kali ni sambungan dari Istanbul day 1..

Kenapa panggil Masjid Biru? sebab jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Masjid ini dibina diantara tahun 1609 & 1616 sewaktu pemerintahan Ahmed I.

  Di pisahkan dengan taman dan kawasan rehat, Hagia Sophia terletak berhadapan dgn Masjid Biru. 
so tak le penat sangat nak menapak.. pergi time winter menggigil kepala lutut
belakang tu Masjid Biru


Hagia Sophia dahulunya adalah sebuah gereja
dan telah dibina oleh Constantius, 
Putera Kaisar Constantine.
kagum tgk senibinanya...

Apabila jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II 
Turki Usmani (yang terkenal dengan gelaran
  ‘Al-Fatih’) pada 27 Mei 1453 Hagia Sophia telah dijadikan Masjid.
tapi kini ianya telah menjadi sebuah muzium.

Lepas lawat muzium kami meneruskan perjalanan ke Mahmut Pasa. kawan aku cakap area sini selain murah dgn barang2 tukaran wang juga berbaloi. banyak Money changer kat sini..
belum nak sesak lagi tu...

korang nampak tak harga kasut/boot tu...lom INDIRIM (diskaun) lagi tu..sampai hari ni aku nyesal tak beli waaaa'''''' ada alasan repeat Istanbul lagi ni..heheh..


kalo korang nak dtg sini elakkan hari sabtu/ahad
sbbnya org tempatan ramai gila shopping kat sini..kebetulan nak dekat Krismas mmg shopping raya le dorang
gambar diatas adalah Spice Market. Pasar kedua terbesar selepas Grand Bazaar. haaaa nampak tak sesak dlm tu aku pegi Benh Tanh Market pon x mcm ni.. 
Banyak tul kedai..tapi aku terus je pegi kedai 
no. 37 (kawan aku yg bgtau)..dia bg sket aa diskaun hehehe

sambung lagi....



10 April 2015

Kucing di Istanbul

Sebenarnya aku nak sambung citer pasal hari pertama kat istanbul..idea tu tgh melayang2 kat Doha (poyos).... Hehe sabar..kasi Korang berdebar sket..

Istanbul ni bukan sekadar tempat/bangunan bersejarah je..tarikan yg lain adalah kucing..

Hari pertama je sampai Anak aku Dina dah bosan..siap tanya brapa hari kita kat sini.. (dia lom nampak lg tuuu..)

Org tempatan sini mmg sayangkan kucing.. dorang akan letak susu/makanan kucing tepi pintu kedai.. kena amik contoh ni yee...kena banyak bersedekah ..

seriously bukan setakat kucing kat sini semua gemuk2 dan jinak Anjing pon sama..pantang nampak org lalu ada je nak begesel...

Kat sini aku share sikit gambar anak aku peluk2 dgn kucing


 kucing di Sultan Eyup Mosque tgh melepak

 kucing ni mcm selebriti, namanya GIL korang akan jumpa bila masuk ke Hagia Sophia

 jelita tak kucing ni...hihihi


 pantang org duduk, dia pon sama nak join..sejuk gaknya



so bila budak atas ni dah tau Istanbul banyak kucing, mula le excited lebih mcm tak nak balik pon ada hihi kalo boleh bawak balik mmg 5-6 ekor sumbat dlm beg hahahah







08 April 2015

Tips semasa di Istanbul

Ok sebelum korang memulakan lawatan aku nak bg sikit tips ni semua atas pengalaman dan perkongsian kawan2 yg dah pernah ke sana.


  • sila beli ISTANBULKART utk menyenangkan korang naik transport kat sana. utk pengetahuan, transport kat sana adalah sangat efisyen..aku harap Malaysia dapat belajar dari dorang laa..ok satu kad tu boleh pakai berapa ramai pon janji ada duit dlm tu. utk topup sila ke mesin dan ikut arahan dlm bahasa turki/english.
  • korang jgn lupa lak buat itinerary sbb Grand Bazaar tutup hari Ahad, Haga Sophia tutup hari Isnin dan Topkapi tutup hari Selasa.. 
  • jgn tukar duit kat Airport ye, mahal sket rate nya. aku pegi area Mahmut Pasa... banyak je money changer kat situ atau pon cucuk je kat ATM sini ratenya pon x mahal, janji korang setting dulu ATM kat Malaysia utk pengeluaran ke oversea..
  • bagi korang yg suka masuk muzium sila beli Museum Pass 85TL 1 kad boleh guna sampai 3 hari. kiranya berbaloi lahh..dgn pass ni korang boleh dpt 25% diskaun bila naik Bosphorus Cruise
  • download TRAFITURKIYE kat handphone korang ye..mmg sangat membantu korang kat sana nanti...
beli museum pass kat kiosk



07 April 2015

ISTANBUL [ DAY 1 ] Blue Mosque, Hagia Sophia, Spice Market & Mahmut Pasa

Salam semua,

Entri kali ni aku nak share sikit pengalaman kami ke bumi Turki. Kalo korang berpeluang utk keluar negara, tempat ni adalah harus dilawati selepas Mekah/Madinah..


Day 1 

Penerbangan MH030 memakan masa hampir 09 jam...bley tgk 4 movie laa..selebihnya mkn then tido hehehe


tgh selsema dan batuk.sakit telinga aku haaaa...
Atartuk Airport


cikis to exit yeee...bukan cikedis...


dlm transport nak ke Hotel..gila laju drebar ni bawak..
masa sampai ni suhu agak sejuk dlm 5c..


kucing kat istanbul ni mmg gemuk dan manja..




Blue Mosque (Masjid Biru). Org turki panggil masjid CAMII sebutannya (jamii)


Allahuakhbar...



tenang je dapat duduk dlm Masjid Biru ni...


bersambung...


06 April 2015

April 2015..

Ya Allah..kejap je kita dah sampai ke bln APRIL. Macam2 dugaan sepanjang tahun 2015 nih. En Suami pon dah hampir 2 bln (15 Apr) kat Doha.

Alhamdulilah, aku manage lah nak handle urusan kat sini dgn anak2. Kadang2 bila teringat tuh tuhan je yang tahu huhuhu...Semoga dipermudahkan urusannya disana dan semoga aku 'kuat' dgn ujian Allah. 


Bln JUN nanti warga MAS akan terima 'surat' keramat. 
1 atau 2 surat??

1 - anda akan bekerja dgn MAS sehingga bln OGOS 2015

2 -   anda akan bekerja dgn MAS sehingga bln OGOS 2015 &
TAHNIAH anda dpt bekerja dgn NEWCO...
(aku agak mcm tulah...)

Sedih.. setelah hampir 19 tahun (paling lama lee aku bertahan dgn MAS) akhirnya pengakhirannya makin hampir..

Aku tau semuanya telah tertulis, kita hanya mampu berdoa, tawakal dan usaha.. 

Plan B? mcm2 gak aku fikir nak buat...kita tunggu dan lihat..





30 March 2015

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Salam sejahtera,

Syukur Alhamdulilah 28 Mac Sabtu lepas, akhirnya dapat jugak aku menghadirkan diri ke kelas Cikgu Zaila bersama dgn HAPPYIRFA yg menjadi GPS hehe..

Kami bertolak dari Nilai pada pukul 0815 pagi ke Kota Kemuning. Disebabkan GPS tu tetiba senyap seribu bahasa, dan melalui banyak roundabout akhirnya kami sampai di rumah Cikgu Zaila pada pukul 0930. Sorry Cikgu kami sesat...

ok pendek cerita..(sebenar x ada idea hihi)..

Beruntung gak dpt belajar dgn cikgu Zaila ni, sabar dgn mengajar sampai sakit2 pinggang dibuatnya..Banyak gak ilmu tips tentang blog dan fanpage yg aku dapat. kelas yg santai dan tak stress hehehe

Memang aku bercita2 ingin "Work at home mom" tapi dengan keadaan yg tak mengizinkan, cita2 tu terpaksa ditangguhkan dulu..

Rupa2nya, dgn mengikuti kelas ni, baru aku tau bagaimana dgn mengunakan blog kita pon boleh menjana pendapatan.

Memang digalakkan lah kepada sesiapa yg mempunyai minat utk bekerja dari rumah agar belajar dgn beliau..

Bagaimana?...

Jgn malu2 hubungi Cikgu Zaila zailabinimdae.blogspot.com
untuk mengetahui dgn lebih lanjut.





Copyright to NUKILAN DARI HATI
Designed by UMIESUEstudio 2015