08 April 2015

Tips semasa di Istanbul

Ok sebelum korang memulakan lawatan aku nak bg sikit tips ni semua atas pengalaman dan perkongsian kawan2 yg dah pernah ke sana.


  • sila beli ISTANBULKART utk menyenangkan korang naik transport kat sana. utk pengetahuan, transport kat sana adalah sangat efisyen..aku harap Malaysia dapat belajar dari dorang laa..ok satu kad tu boleh pakai berapa ramai pon janji ada duit dlm tu. utk topup sila ke mesin dan ikut arahan dlm bahasa turki/english.
  • korang jgn lupa lak buat itinerary sbb Grand Bazaar tutup hari Ahad, Haga Sophia tutup hari Isnin dan Topkapi tutup hari Selasa.. 
  • jgn tukar duit kat Airport ye, mahal sket rate nya. aku pegi area Mahmut Pasa... banyak je money changer kat situ atau pon cucuk je kat ATM sini ratenya pon x mahal, janji korang setting dulu ATM kat Malaysia utk pengeluaran ke oversea..
  • bagi korang yg suka masuk muzium sila beli Museum Pass 85TL 1 kad boleh guna sampai 3 hari. kiranya berbaloi lahh..dgn pass ni korang boleh dpt 25% diskaun bila naik Bosphorus Cruise
  • download TRAFITURKIYE kat handphone korang ye..mmg sangat membantu korang kat sana nanti...
beli museum pass kat kiosk



No comments:

Copyright to NUKILAN DARI HATI
Designed by UMIESUEstudio 2015